DASAR PENGAMBILAN PELAJAR BARU PROGRAM USAHASAMA UiTM DI IPB
Setiap pelajar yang mendaftar harus memenuhi syarat-syarat seperti berikut :-
Memenuhi syarat kelayakan masuk sepertimana yang ditetapkan oleh Senat UiTM.
Memenuhi syarat status Bumiputra dan Warganegara Malaysia.
Syarat kelayakan status bumiputra ialah seperti berikut :-
Bagi pelajar dari Semenanjung Malaysia:
Salah seorang daripada ibu atau bapa kandungan pelajar MESTILAH berketurunan MELAYU / ORANG ASLI warganegara Malaysia.
Bagi pelajar dari Sabah dan Labuan:
Bapa pelajar MESTILAH berketurunan MELAYU / PERIBUMI Sabah warganegara Malaysia.
Bagi pelajar dari Sarawak:
Kedua ibu dan bapa pelajar MESTILAH berketurunan MELAYU / PERIBUMI Sarawak warganegara Malaysia.
NOTA PENTING semakan dan pengesahan status:-
Pemohon MESTILAH melampirkan SIJIL KELAHIRAN pemohon serta kedua ibubapa untuk tujuan rujukan dan pengesahan semasa hari pendaftaran.
Mana-mana sijil kelahiran yang hilang, sila dapatkan 'Sijil Carian Surat Beranak' di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berdekatan.
Ketiadaan salah satu Sijil Kelahiran semasa hari pendaftaran akan membuatkan permohonan anda TERBATAL atau anda akan ditawarkan ke program lain yang bersesuaian.